Free Tool

Jadual Lari Generator

Jana jadual latihan lari mingguan ikut level & bilangan hari yang anda ada.

Kenapa perlu jadual, bukan sekadar lari bila rajin

Kebanyakan pelari baru berhenti bukan sebab tak cukup semangat, tapi sebab tak ada struktur. Minggu ini lari tiga kali sebab rasa bersemangat, minggu depan tak lari langsung sebab penat, pastu rasa bersalah dan berhenti terus. Jadual yang ditulis awal buang keputusan harian tu. Anda cuma ikut apa yang tertulis.

Peraturan asas yang jadual ni ikut

Naikkan jarak mingguan secara beransur, bukan melonjak. Kebanyakan cedera larian datang dari lompatan mendadak, bukan dari lari perlahan yang banyak. Sebahagian besar larian anda patut senang sampai boleh berbual. Satu je sesi laju seminggu untuk pelari baru, dua untuk yang dah ada asas. Dan sekurang-kurangnya satu hari rehat penuh, sebab adaptasi berlaku masa rehat, bukan masa lari.

Larikan ikut usaha, bukan pace, bila panas

Cuaca Malaysia buat pace jadi penipu. Pace yang senang pukul 6 pagi boleh jadi sesi threshold pukul 9 pagi walaupun angka sama. Kalau jadual kata larian senang, larikan sampai anda boleh cakap ayat penuh tanpa tercungap, tak kisah apa jam anda tunjuk. Boleh guna Heat and Humidity Pace Adjuster untuk tengok berapa banyak pace patut dilonggarkan hari tu.

Bila terlepas satu hari

Jangan gandakan esok. Teruskan je ikut jadual dari hari tu. Satu sesi terlepas tak jejaskan apa-apa. Yang jejaskan ialah cuba tebus sesi terlepas dengan larian tambahan, sebab situ mula cedera.

Lepas jadual ni habis

Kalau anda dah ada tarikh race, guna Training Plan Generator untuk pelan yang terus berkiblat pada tarikh tu. Kalau nak tahu setiap jenis larian patut berapa laju, masukkan masa race terkini dalam VDOT Calculator.

Soalan lazim

Berapa kali seminggu patut lari untuk pemula?

Tiga kali seminggu dah cukup untuk mula. Dua kali terlalu sedikit untuk bina asas, empat kali biasanya terlalu banyak untuk badan yang belum biasa. Letak hari rehat antara setiap larian pada bulan pertama.

Berapa cepat boleh naikkan jarak?

Panduan biasa ialah jangan naikkan jumlah jarak mingguan lebih 10 peratus setiap minggu, dan setiap minggu keempat turunkan sikit untuk bagi badan pulih. Peraturan ni bukan saintifik mutlak, tapi ia cukup selamat untuk kebanyakan orang.

Boleh ke jalan kaki dalam sesi larian?

Boleh, dan untuk pemula ia digalakkan. Kaedah lari-jalan berselang seli, contohnya lari dua minit jalan satu minit, bina asas aerobik dengan risiko cedera lebih rendah berbanding paksa lari tanpa henti.

Pukul berapa paling sesuai lari di Malaysia?

Sebelum pukul 8 pagi atau selepas 7 malam. Antara pukul 10 pagi sampai 4 petang, gabungan panas dan lembap buat sesi kualiti hampir mustahil dan risiko heat stress naik. Kalau terpaksa lari tengah hari, pendekkan sesi dan lari ikut usaha.

Perlu ke beli kasut mahal untuk mula?

Tak perlu. Yang penting kasut tu muat kaki anda dan selesa untuk jarak yang anda lari, bukan harga atau jenama. Pergi kedai yang boleh biar anda cuba dan berjalan sekejap sebelum beli.

Other tools

All tools →

Pace Calculator

Turn any distance and finish time into pace per km, pace per mile and speed.

Open tool →

Split Time & Pace Band

Break a goal finish time into every kilometre split, ready to print.

Open tool →

Race Time Predictor

Predict your finish time at another distance from one recent race result.

Open tool →